Monday, 27 August 2012

Pilihan Kedua?

Assalamualaikum wbt. 


Pilihan pertama tak semestinya yang terbaik. Kan? Meaning, menjadi pilihan yang pertama juga tak semestinya tepat. Hidup ini banyak pilihan. Ada perkara yang boleh kita 'consider' dan letakkan sebagai pilihan pertama dan ada juga perkara perlu difikir, ditimbang-timbang sebagai pilihan utama.

Manusia tak akan pernah lari dari fitrah insaninya. Sukakan seseorang. Suka itu luas. Suka kerana nak berkawan, suka kerana selesa berkawan, suka kerana sekadar suka, tak lebih dari apa-apa pun. Tapi, ada yang tersalah menafsir @ perkataan yang paling sesuai ialah "perasan". Ops!

Kesian.

Aku? Sejujurnya, pernah menyukai orang juga. Orang yang aku suka kerana dia menjadi dirinya, tidak palsu. Suka kerana dia mempunyai gaya tersendiri. Suka kerana dia ada rupa. Haa! Jangan salah membuat andaian, aku sekadar suka, BUKAN JATUH HATI.

Sujud terakhir.

Terfikir. Muhasabah. Tak salah menjadi pilihan kedua. Sebab aku tetap yang pertama. Ya! Aku tetap yang pertama dan utama. Ada sebab pilihan pertama tidak dipilih dan ada sebab aku yang terpilih. Kan? Mungkin pilihan pertama tidak sesuai untuk dipilih atau mungkin aku mempunyai sesuatu yang pilihan pertama tidak ada. Kalau tidak, masakan orang tua aku yang dicari?


Buat apa berkecil hati? Buat apa membawa diri? Allah dah tulis semuanya. Apa yang harus dilakukan ialah, YAKIN dan REDHA. Dia mungkin pernah terlibat dalam urusan kehidupan aku, dia mungkin pernah menjadi salah seorang mereka yang terpenting dalam hidup aku. Terima kasih TAPI......Bukan dia yang mengatur hidup aku. Bukan dia yang menjadi pengurus masaku. Dia hanyalah kisah silamku dan duri dalam daging kehidupanku.

Senyum. Syukur. Hanya itu yang terbit di hati. Hati yang selama ini sering terluka kini tenang. Hati yang selama ini tidak kuat kini gah berdiri. Terima kasih Allah.

Perancangan semakin rapi. Aku sibuk menghitung hari, membilang janji, melengkapkan diri. Matlamat aku hanya satu. Redha Ilahi aku cari.

Pasrah? Tidak! Aku redha. Kerana aku pasti Dia Maha Mengetahui.

Diberikan kesedihan, kerana dengan kesedihan itu aku akan sering menyebut nama-Nya.
Diberikan kesakitan, kerana dengan kesakitan itu aku akan sentiasa memohon kesembuhan dari-Nya.
Diberikan kesusahan, kerana dengan kesusahan itu aku akan menjadi redha.
Diberikan kehilangan, kerana dengan kehilangan itu aku akan meminta yang terbaik dari Allah.
Diberikan penderitaan, kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat dengan Allah.
Diberikan kemiskinan kerana Allah mahu aku meminta kepada-Nya.
Diberikan kehinaan, kerana Allah mahu aku memohon kemuliaan dari-Nya.


Baik kan Dia.

Alhamdulillah.

:')


Thursday, 15 March 2012

Sharing! :)

Assalamualaikum wbt. Sehat? Wahhhh! Dah lame bebenor rasenye tak meng-hapdate kat sini. Hehe :p Sebabnye takde idea nak mengarang + memang sebuk sikit hari tuh. Phewwww~ Okey laaa, tetibe rase cam nak share something laa untuk post kali. Selame 'cuti' daripada mengerah otak nak tulis hape kat blog nih, banyak jugak laaa 'menelaah' menda2 yang tak berkaitan dengan pelajaran nih. Muahahaha :D

Cinta? Ishh! tetibe plak kakak nih bercakap pasal cinta-cintun nih. Ape citer nih? Wowowowowowo! Sebelum lagi jauh tersasar pemikiran yang tidak sepatutnya tuh, cube tarik nafas dalam2 and lepas pelan2, and then PIKIR, what is cinta? Well, cinta nih ditafsirkan BERBEZA bagi setiap orang. Ade orang cakap cinta nih kasih sayang, ade orang cakap cinta nih berkaitan dengan kejujuran, kepercayaan. And ade jugak orang cakap cinta nih pengorbanan. Okeh my all beloved readers, my main point here is "LAIN ORANG, LAIN PANDANGAN, LAIN PENDAPAT!". 

Soalan: Ishhh! Pelik pulak, tadik cakap nak citer2 sal cinta bagai, nih main point lain pulak.
Jawapan: Ops! Nih blog sape? Harap maklum! ^^v ~peace!~


Kadang2 kan, kakak sangat pelik dengan orang yang suke-suki dye nak kondem orang tuh, nak tuduh orang nih, nak fitnah orang tuh, nak dengki orang nih. Bare in our mind: CERITA KITA TAK SAMA! Kita amek skop yang lagi kecik and lagi khusus gituh, bab cinta-cintun. Yep! Kalo remaja zaman sekarang nih, bab nih laa paling sensitip gituh. Tuh remaja, tak termasuk lagi mereka2 yang di peringkat 'mencari calon'. 


"Ish! Bukan masenye lagi laaa. Lain laa kau"
"Taknak laaa aku dye tuh, tak kene dengan taste aku"
"Aku tunggu orang masuk mintak jek. Redha Allah gituh"
"Pleaseeeee sayang.....jangan tinggalkan i. I sayang u..." *Okeh, yang nih GELI! @-@

Seperti yang dah di-highlight tadik, cerita kita tak sama. Lain orang lain pendapat mengenai cinta nih. Cinta tuh fitrah yang Allah memang dah kasi kat semua orang but it's either kite sendiri yang membawa cinta tuh ke jalan yang betul @ salah. Bagi remaja (macam kakak nih. ehem2 :p), cube jangan kecikkan skop cinta tuh kepada kapel, kekasih and wat-so-eva. Banyak lagi cinta yang boleh kite capai and yang paling penting cinta Allah. Perghhhh! Ayat cliche. "Eh3? Blog hangpa ka nak kata lagu tuh?" *padan muke! :p

Bukan hape, buhsan and tersangatlah boring dengan orang yang typical cam nih:

"Ishh. Bukan mase aku lagi kot nak bercinta-cinta nih. Aku nak enjoy dulu. Lagipon, aku nih banyak nak kene ubah lagi. Agama pon tak bape okay lagi".


Urghh! naseb baik sedar diri agama tak bape okey tapi yang tak naseb baik nye tak berusaha untuk berubah. Come on laaaa. Yep, memang betol. Hidayah tuh milik Allah tapi hidayah Allah tuh perlu dicari, bukan ditunggu. ALLAH berfirman yang bermaksud: 


"Sesungguhnya keterangan-keteranganKu telah datang kepadamu, tetapi kamu yang mendustakannya, malah kamu menyombongkan diri dan termasuk orang2 yang kufur (engkar)" [39:59] 


Hakikatnya...

“Dan orang-orang yang BERSUNGGUH2 BERUSAHA DI DALAM AGAMA KAMI, nescaya KAMI AKAN BERI PETUNJUK (hidayah) kepada mereka akan jalan-jalan Kami.” [30:69] 


See! I've told ya! Ishh. Pelik dengan orang yang camnih. Bila soal jodoh je cakap nak berserah kepada Allah, jodoh tuh dah ditentukan and bla bla bla tapi bila cakap soal berubah untuk kebaikan, pasal hidayah...tak cukup 1001 alasan nak kasik tuh. Memang kau tahu pon bila kau mati kann? *Astaghfirullah~


Okey2, berbalik kepada "LAIN ORANG, LAIN PANDANGAN, LAIN PENDAPAT!", bagi yang tengah duk 'hangat bercintaa' nih, selalu sangat duk dengaq orang duk cakap2 kat belakang2.


"Eleh, dorang tuh bercinta bagak nak rak, last2 putus jugak"
"Konon gentleman laaa belikan awek makanan. Blah laaa~"
"Baru tunang dah macam tuh, kalo kawen tak tahu laaa..."


Nih lagi satu spesies manusia yang tak-sedar-diri. Kadang2 orang macam nih dia duk rase dye dah baik sangat kot cakap kat orang cenggituh. Mentang2 dye takde sesape, dye duk cakap kat orang macam2. Aduhai~ Ke jeles? Ops! HAHAHAHA :D Okeh2, bukan ape laaa. Kalau betol orang yang spesies camnih BAIK, dye tak akan cakap2 camtuh kan? Dye kene bersangka baik kan? Nih nak bagi cadangan bernas laaa, ape kate daripada duk mengutuk, mengumpat dan sebagainya, baik korang doakan diorang berubah ke arah kebaikan ke..doakan kalo diorang dah kawen, biar diorang hidup bahagia sampai syurga and yang paling penting ikut landasan syariat Islam. Tuh lagi baik daripada duk bersangka buruk kat orang kan? Kite nak cari hidayah, nak cari pahala, macam2 cara kite boleh buat ye adek2. As long as, niat kita nak dapat redha Allah :) And yang paling penting, kalo rase pasangan tersebut over dan sebagainya, cube tegur dengan cara berhikmah. Mungkin dari situ dorang boleh berubah. Wallahua'llam :) *Tapi kalo tak berubah jugak, lempang jelaaa. HAHAHA. Takde laaa. Doakan mereka, insya-Allah!

And bagi yang tengah bercinta dan sebagainya tuhh, cube elakkan daripada buat perkara yang tak sepatotnya. Setting niat kene betul. Ingat tak ape Ustaz Azhar Idrus pernah cakap? "Haram menjadikan wanita sebagai kekasih jika tiada niat untuk menikahinya". Tapi, tuh tak bermakna kalo dah niat nak kawen boleh buat menda bukan2 ye! ^-^

Hihihi. Terbaik UAI! ^^v

Akhirul kalam, ini sekadar luahan hati dari seorang yang takde degree @ phD apatah lagi master pon sal menda2 cintan-cintun nih. Kene ingat, "LAIN ORANG, LAIN PANDANGAN, LAIN PENDAPAT!" Bukan takat bab cinta jek taw, bab2 lain pon. Apa yang diconteng ditulis tuh sekadar contoh semata-mata. Apa yang baik, kita ambil dan amalkan dan apa yang tak elok tuh kite jadikan sempadan.

Jaga diri, jaga iman! Assalamualaikum \^^/

*p/s: Saya manusia yang banyak kekurangan dan khilaf, ada salah silap minta ditegur dengan baik. Insya-Allah, sedia mendengar :)

Thursday, 29 December 2011

Hati yang cedera!

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..

Ighfirli.......... :'(

Wednesday, 14 December 2011

Binnabil Huda :)

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus meng-hapdate kat sini. Ketandusan idea sebenarnya. Hehe. Adek2 sehat? Alhamdulillah, Allah masih menghidupkan kita pada hari ini untuk terus menjadi hamba-Nya dan memberi peluang untuk kita betaubat kepada-Nya. Insya-Allah :)

Haa! Tengok tajuk entry pon dah boleh agak kot. Hehe. Hari nih nak share satu lagu. Yelaa, selame nih duk share lagu "Menjadi diriku" je kan? Sekarang lagu baru pulakk. Mane taw jadik lagu blog plak. Heeeeee ^^ Boleh kan kan kan?

video

Allahukbar! I am deeply in love with this song! Sebenarnya lagu nih dah agak lame and memang dah pernah dengar sebelum nih, tapi dengar pon sekadar dengar jelaa. Syukur, diketuk hati ini oleh-Nya untuk menghayati lirik dan maknanya, and I'm touched! Begitu agung sekali rasul kita, Rasulullah SAW. Terbatas rasenye diri ini untuk mengikut jejak langkah Baginda memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini. Astaghfirullah~

"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku"
(Ibn Mas'ud)

Kalau kita jenguk balik sejarah hidup Baginda, especially saat kewafatan Baginda, begitu kasihnya Rasulullah terhadap kita, umat Baginda sehinggakan di saat pengakhiran hidupnya, kalimah yang tidak lekang dari bibir Baginda hanya satu "Ummati, Ummati, Ummati..." Allah! Betapa Rasulullah mengasihi kita sehinggakan Baginda sanggup mintak kepada Jibril untuk menanggung seksanya sakaratul maut umatnya. Tapi kita, apa yang kita buat sekarang? Apa sumbangan kita terhadap Baginda Rasulullah? Kita ikut tak sunnah Baginda? *Ya Allah, ase nak ketuk diri senirik! :( 

Jadik, sape yang tak nak syafaat Baginda, memang rugi. Rasulullah dah bagi kita jalan untuk dapatkan syafaatnya. Jadik ape tunggu lagi. Jadikan selawat ke atas Baginda sebagai salah satu amalan harian kita. Insya-Allah, tak rugi sikit ponn! Lagipun, bila2 mase jek kita boleh buat. Tengah lepak2 tengok tv ke, tengah kemas2 rumah ke, tengah hapdate blog ke. Heeeeeeee ^^ Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku. Oleh itu, terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak"
(Amir bin Rabiah)

Akhirul kalam, jom same2 kita 'upgrade' selawat kita. Insya-Allah. Jaga diri, jaga iman! Assalamualaikum \^^/

*Kakak ade satu video saat kewafatan Baginda Rasulullah SAW, insya-Allah next time akak share ek? Tungguuuuuuu ^^

Tuesday, 6 December 2011

Jom Bace! :)

Assalamualaikum wbt adek2? Sehat? Alhamdulillah. Bersyukurlah kita masih diberi kesempatan untuk menghadapi hari2 yang mendatang dalam hidup kite sebagai hamba-Nya Yang Maha Esa. Haa? Ape? Bosan? Haaa.. Kebetulan. Akak ade satu citer nak share nih. Dah alang2 bosan tuh, jom bace citer nih. Best sangat! Konfem laa dapat hilang bosan. Akak dapat citer nih mase tengah berblog-walking kat blog sorang hamba Allah nih. Jom bace! :)


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata,


"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya mengadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, ku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.


"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghina mereka dengan memalingkan wajah mereka dari menghadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"


Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan yang lain."


Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung. Keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."


"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.


"Golongan yang keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"


Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibubapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."


"Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.


"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


"Wahai tuan guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya."


"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.


Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


Haaa! Amacam? Best tak? ^^ Best kan? Citer nih bukan jek bagi kite banyak pengajaran plus menegur kita supaya sentiasa menjaga perlakuan kita tak kira lah kepada Allah mahupon sesama kita manusia. Nih yang orang duk kate, "HABLUM MINALLAH WA HABLUM MINANNAS". Penah dengar? Alhamdulillah :)


Ok laa, daripada citer kat atas nih. Jom kite cek balik ape sebenarnya yang Allah nak tegur kite nih:
1. Kite kene percaya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
2. Solat tiang agama! Ingat ye adek2, amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak ialah SOLAT!
3. Jangan makan daripada sumber yang haram @ daripada sumber yang tidak sahih.
4. Jangan derhaka dengan ummi dan abah kita. Kene ingat, redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa taw!
5. Jangan bergadoh dan memutuskan silaturrahim. 3 hari jek taw adek2! ^^ 
6. Jangan makan harta riba. Haaa? Tahu tak harta riba tuh ape? Kalau nak tahu, klik SINI :)
7. Allah memuliakan hamba-Nya yang berpenat lelah mencari ilmu kerana-Nya dan beramal dengan ilmu yang diperolehi.


Jadik, ape kate kite same2 betulkan balik diri kite dan berusaha menjadi hamba yang terbaik untuk-Nya. Ape? Tak sampai seru? Nak tunggu bila seru tuh sampai adekk ooiiii? Yap, memang betol hidayah tuh milik Allah TAPI kite kene berusaha untuk dapatkan hidayah tuh. Nak berubah perlu pengorbanan yang tinggi. Tak perlu drastik, janji istiqamah! Akak pesan nih bukan untuk adek2 je tau, untuk akak sendiri. Kite same2 nak yang terbaik untuk diri kita kan? Kalau camtuh, jom jadik baik! :)


Akhirul kalam, jaga diri, jaga iman! \^^/
Assalamualaikum....

Sunday, 4 December 2011

Terima kasih ya Allah :')

Assalamualaikum wbt adek2! Wahhhh, rase cam dah lame tak hapdate. HAHA. Padahal baru bape hari kan? Seminggu pon tak sampai :P

Haaa? Kakak hepi semacam? Hihi. Mane tahu nih? *Blushing. Hihi. Tade laa. Alhamdulillah, kakak hepi sangat2 hari nih. One of my 'PRECIOUS' day, I guess ^^ Kenapa? Hishhhh. Ade laaaa. Nak taw ta, kakak ade blaja something taw. Menda yang kakak belajar nih memang tade la kat kelas ke kat tuisyen ke. Hehe.

Belajar ape? Nak taw? Btol nak taw? Tak menyesal? Hihi. Alhamdulillah, first and foremost ape yang kakak paling belajar and terkesan kat hati sanubari nih ialah KEBERGANTUNGAN KITA PADA ALLAH. Kenape kakak cakap camtuh? Ok laa adek2, pernah tak adek2 rase cam tension sangat2? Ase cam malang giler laa nasib. Ase hopeless sangat2 and banyak2 lagi laaa. Sampai ade yang rase nak bunuh diri. Haaaa! Adek2, sebenarnya adek2 kene ingat yang adek2 tengah diuji. Sebab tuh amat dan sangat penting untuk kite sebagai umat Islam untuk bergantung kepada Dia Yang Maha Esa. Mengadulah kat Dia, mintak doa banyak2. Allah tuh Maha Mendengar doa setiap hamba-Nya. Kite semua sedia maklum, Allah dah cakap dalam Al-Quran yang Allah tak kan sekali-kali menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya. Kite kene percaya bahawa Allah menguji bukan tanda Dia benci tapi tanda Dia sangat sayang kat kita. Cuma kite sebagai hamba-Nya yang sering leka, sering lupa, sering mengeluh even ujian yang dihadapi tuh tak seberapa ponn kan? Astaghfirullah~

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga. Padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam -macam cubaan)"
(Al-Baqarah:214)

Tapi, kite jugak kene ingat, kite hepi pon tuh adalah ujian daripada Dia taw. Ape yang kakak nak cube sampaikan kat sini, jangan kite nak ingat Dia mase kite rase sedih and down jek, mase tengah hepi pon kite lagi laa kene ingat Dia and yang paling penting kene bersyukur dengan ape yang telah diberikan kepada kita. *Yang nih nak kene ketuk2 sikit diri senirik! Ingat tuh kakak oiii~ 

Okey, yang kedua REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA IBUBAPA. Pernah dengar? Tak pernah? Konfem tipuuuu! Hehe. Kat sini maka jelas dan teranglah bahawa redha ummi dan abah tuh sangat penting dalam kite ape sahaja keputusan yang kita nak buat. Tak kira lah pasal ape ponnn. Contohnye, jodoh. Hihi ^^ Wahhhh2! Bukan main lagi korang ye kalo cakap sal jodoh ;p Okey, berbalik pada contoh tadik, kalo laa kite dah rase bersedia untuk ke peringkat yang seterusnya dengan someone, kite refer kat ummi and abah kite dulu. Biar ummi ngan abah kite kenal dulu orangnye cemane, agamanye cemane, perangainye cemane, family-nye cemane. Haaaa! Jangan lupe plak kene laaa istikharah and solat hajat banyak2. Insya-Allah, redha ummi ngn abah + Allah sekali kita dapat. Amiinnnnnnn :)

Kalau adek2 nak taw, bagi kakak, dua menda nih sangat penting dalam kehidupan kite sebagai seorang muslim sebab ia sangat berkait rapat antara satu sama lain. Alhamdulillah, sedikit sebanyak menda nih kakak dapat belajar and paham walaupon dalam proses percubaan lagi. Hehe. Okey la adek2, kakak pon tatau ape menda dah yang kakak duk mengarut nih. Kakak harap adek2 paham laaa ape yang kakak cube nak sampaikan. Btw, doakan yang terbaik untuk kakak ye adek2! Semoga apa yang jadik hari nih akan bertambah baik dari semasa ke semasa. Insya-Allah dengan izin-Nya. Akhirul kalam, jaga diri, jaga iman! Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah! :')

* Untuk AWAK:

"whatever happens in our life, never blame GOD! God gives us challenges in order for us to become more strong and ready to face this changing world. The problems that we have is just a challenge that we need to pass on. Let's pray as much as we want and we must not give up".

Terima kasih untuk hari yang bermakna nih. Can't wait for dat moment to come. Hehe. May Allah bless us. Insya-Allah! :)

Tuesday, 29 November 2011

Pon! Pon! Special untuk JBA! ^^

Assalamualaikum wbt. Sehat? Alhamdulillah :) Ok la adek2, entry kali nih laen macam sikit. Tengok tajuk ponn dah tahu kan? Heeeee ^^ Disebabkan dah di-tag oleh si JBA nih, and kakak pon dah berjanji nak balas balik, so....HERE I AM! Muahahahahahaha *ketawa jahat :DD

Haa? Sape JBA? Hoho. Susah soalan tuhh! Haha. Takde laa. Gurau je. Jangan marah ye JBA ;P JBA nih stands for Jijie Benz Aliff a.k.a Nadzirah Rashid a.k.a jugak dipanggil blogger retissss oleh junior2. Kenapa? Haaa! Yang tuh tanye die senirik! :D

For my dear JBA, mintak maaf sangat2 sebab lambat. Al-maklum laaa, exam. *kunun! :P

Ok, the rules are:
1. Post this rules
2. Write 11 things about urself
3. Answer the questions the tagger set for you
4. Create 11 questions for the people who you tagged to answer
5. Choose 11 bloggers to tag and link them to the post
6. NO TAG BACK okay? :) *yang nih macam tanak ikut jek! HAHA

11 things about myself:

1. Anak sulong daripada 8 beradik. Sebab tuh dapat nick 'Saya kan kakak'. Heeee ^^v

2. Stubborn? Hmmm.. A little maybe. Okey, kind of 'alot'! Huuuuu~ *Sebab anak sulong kot... Wonder jap, ape kaitan? HAHA. Watevaaa :P

3. Susah nak percaya kat orang. Yeahhh! Dat is me. Sangat susah okeyy. I prefer to get hurt by myself rather than letting it out to someone else. And, trust me. Sangat sakit. Huuuuu~ T.T

4. Sangat tak suke kena tikam belakang and sangat tak suke orang yang tau cakap jek padahal dye pon tatau pape and tak aplikasi pon ape yang dye cakap. Sangat hampeh! =.="

5. Family and friends are my EVERYTHING! :')

6. Single BUT not available! HAHA. *oukey! nih pengakuan berani mati punye ^^

7. Adik saya dapat 5A taw UPSR hari tuhh! Tolong doakan dye lulus interviu nanti ye? *HAHAHA

8. Saya ade adek tgh SPM. Tolong doakan jugakk ye. Tengkayuuu~ *HAHAHAHA

9. Adek saya, Fatini namenye tengah tunggu result PMR. Saya yang tolong berdebar. Doakan jugakk ye? *HAHAHAHA

10. Saya pon berdebar jugakk nak tahu result exam hari tuhh! Tuh laaa malas sangat nak study. Tolong doakan saya sekali ye? Plissssssss! *HAHAHA

11. Saya tatau ape yang saya tulis sebenarnye nih! :)))))

Answer the questions the tagger set for you:

1. Benda paling nak buat tapi sampai sekarang belum tertunai?
Hmmm. Macam banyak. Tapi, salah satunye of cos laa make my parents happy and proud of me! Insya-Allah, bila da jadik cekguu nanti kot. Doakan ye :)

2. Pencapaian terbaik dalam hidup?
Ape ek? Macam susah jek soalan nih. HAHA. Tapi, setiap ape yang saya dapat, semua tuh datang dari-Nya. Alhamdulillah :)

3. Study o dah kerja?
Memang tengah keja ponn sebab tuhh kite sekelas kan sekarang :P

4. Suka bila __________?
Apa yang kita nak, kita dapat. Sape tak suke kan? Heeee ^^

5. Benci bila __________?
Rase tak kuat nak tackle sesuatu masalah. Astaghfirullah~

6. Macam mana bila menghadapi sesuatu masalah?
Prefer senyap and back to HIM. Dia Maha Mengetahui :)

7. Petang-petang suka _____?
Do something that I wanted to do :)

8. Antara makan dan tidur, which one do you prefer?
Hmmm. Depends on the situation :)

9. Pernah menangis? Kalau pernah, selalu refer pada siapa?
Of cos laa pernah. Aduyai. Refer sape? The one that I trusted most! :')

10. Macam mana kita nak hargai orang yang tahu hargai kita?
Make them happy and of cos pray for them! ^^

11. Camne nak kurangkan habit minum air manis?
Nih adek saya cakap, GIGIT AIS JE! *walaopon tatau ape kaitan tapi lenjan jelaaaa :D

11 Questions that I wanted to ask:

1. What is your first impression towards me?
2. Saya matang? Alasan.
3. Ade kate2 yang best2 tak? Share boley :)
4. Suke bila __________?
5. Benci bila _____________?
6. Suggestion henpon yang paling cool and suits me.
7. What do you think of my blog?
8. Cube citer cemane kite kenal ek? Hihi :D
9. Hobi? Kenape?
10. Ade resepi best tak? Share! ^^
11. What do you think of me? :)

11 peoples whom I mostly wanted to tag:

1. :) 
2. JBA! ;p *aku tanak ikut rules! tak kira. HAHAHA :D
4. Mirast Raden *kembar name tyme skolah! :D
5. My junior, tehah! ;) *not sure if my spelling is correct or not. sori k? ^^
11. Hannan! *yang nih wajib. HAHA