Assalamualaikum wbt.
Pilihan pertama tak semestinya yang terbaik. Kan? Meaning, menjadi pilihan yang pertama juga tak semestinya tepat. Hidup ini banyak pilihan. Ada perkara yang boleh kita 'consider' dan letakkan sebagai pilihan pertama dan ada juga perkara perlu difikir, ditimbang-timbang sebagai pilihan utama.
Manusia tak akan pernah lari dari fitrah insaninya. Sukakan seseorang. Suka itu luas. Suka kerana nak berkawan, suka kerana selesa berkawan, suka kerana sekadar suka, tak lebih dari apa-apa pun. Tapi, ada yang tersalah menafsir @ perkataan yang paling sesuai ialah "perasan". Ops!
Kesian.
Aku? Sejujurnya, pernah menyukai orang juga. Orang yang aku suka kerana dia menjadi dirinya, tidak palsu. Suka kerana dia mempunyai gaya tersendiri. Suka kerana dia ada rupa. Haa! Jangan salah membuat andaian, aku sekadar suka, BUKAN JATUH HATI.
Sujud terakhir.
Terfikir. Muhasabah. Tak salah menjadi pilihan kedua. Sebab aku tetap yang pertama. Ya! Aku tetap yang pertama dan utama. Ada sebab pilihan pertama tidak dipilih dan ada sebab aku yang terpilih. Kan? Mungkin pilihan pertama tidak sesuai untuk dipilih atau mungkin aku mempunyai sesuatu yang pilihan pertama tidak ada. Kalau tidak, masakan orang tua aku yang dicari?
Buat apa berkecil hati? Buat apa membawa diri? Allah dah tulis semuanya. Apa yang harus dilakukan ialah, YAKIN dan REDHA. Dia mungkin pernah terlibat dalam urusan kehidupan aku, dia mungkin pernah menjadi salah seorang mereka yang terpenting dalam hidup aku. Terima kasih TAPI......Bukan dia yang mengatur hidup aku. Bukan dia yang menjadi pengurus masaku. Dia hanyalah kisah silamku dan duri dalam daging kehidupanku.
Senyum. Syukur. Hanya itu yang terbit di hati. Hati yang selama ini sering terluka kini tenang. Hati yang selama ini tidak kuat kini gah berdiri. Terima kasih Allah.
Perancangan semakin rapi. Aku sibuk menghitung hari, membilang janji, melengkapkan diri. Matlamat aku hanya satu. Redha Ilahi aku cari.
Pasrah? Tidak! Aku redha. Kerana aku pasti Dia Maha Mengetahui.
Diberikan kesedihan, kerana dengan kesedihan itu aku akan sering menyebut nama-Nya.
Diberikan kesakitan, kerana dengan kesakitan itu aku akan sentiasa memohon kesembuhan dari-Nya.
Diberikan kesusahan, kerana dengan kesusahan itu aku akan menjadi redha.
Diberikan kehilangan, kerana dengan kehilangan itu aku akan meminta yang terbaik dari Allah.
Diberikan penderitaan, kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat dengan Allah.
Diberikan kemiskinan kerana Allah mahu aku meminta kepada-Nya.
Diberikan kehinaan, kerana Allah mahu aku memohon kemuliaan dari-Nya.
Baik kan Dia.
Alhamdulillah.
:')
tengah cari idea nk letak post kt fb..
ReplyDeletedpt ayat awk guna ni..
:)
ReplyDelete